TIMBALAN PENGARAH KOKURIKULUM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, laman sesawang rasmi KTE (Prauniversiti) Sultan Abdul Aziz telah dapat diterbitkan. Medium ini dapat dijadikan salah satu platform penting dalam menyalurkan maklumat serta perkembangan terkini kepada warga kolej dan masyarakat umum.
Sebagai Penolong Kanan Kokurikulum, saya ingin menekankan bahawa bidang kokurikulum merupakan satu komponen penting dalam pembentukan sahsiah, kepimpinan dan jati diri murid. Ia bukan sahaja melengkapi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, malah membuka ruang untuk pelajar mengasah bakat, membina keyakinan diri dan memupuk nilai kerjasama serta disiplin.
Unit Kokurikulum KTESAA sentiasa komited dalam menyediakan pelbagai aktiviti kokurikulum melalui penyertaan aktif murid dalam unit beruniform, kelab dan persatuan, serta sukan dan permainan. Kami percaya bahawa penglibatan menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti ini mampu melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru penasihat, jurulatih, ibu bapa dan semua pihak yang sentiasa menyokong usaha kolej dalam menjayakan program-program kokurikulum. Komitmen dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.
Akhir kata, saya mengajak seluruh warga kolej untuk terus berganding bahu dalam memastikan kecemerlangan kokurikulum dapat terus diperkasa demi membentuk generasi masa depan yang berilmu, berdisiplin dan berdaya saing.
SEKIAN TERIMA KASIH
PAJSK 'A' KOKURIKULUM GEMILANG
AZMI BIN BOHARI
Timbalan Pengarah Kokurikulum
Kolej Tingkatan Enam ( Prauniversiti)
Sultan Abdul Aziz Kuala Selangor
KTESAA KE MENARA
penyelaras KOKURIKULUM
Penyelaras Kokurikulum Kolej Tingkatan Enam(Prauniversiti) Sultan Abdul Aziz Tahun 2025
PENYELARAS SUKAN & PERMAINAN
SETIAUSAHA SUKAN
PENYELARAS SUKAN BERPRESTIJ TINGGI/ SUKNAM
PENYELARAS RUMAH SUKAN
PENYELARAS KELAB PERSATUAN 1
PENYELARAS KELAB PERSATUAN 2
PENYELARAS PASUKAN BADAN BERUNIFORM 1
PENYELARAS PASUKAN BADAN BERUNIFORM 2
PENYELARAS PERHIMPUNAN BULANAN
PENYELARAS SQM
PENYELARAS KO-AKADEMIK
PENYELARAS PAJSK
PENYELARAS ARPRM 1
PENYELARAS APRM 2
PENYELARAS KEMUDAHAN PRASARANA
PENYELARAS PROJEK 1
PENYELARAS PROJEK 2
PENYELARAS MAJALAH
PENYELARAS KOPERAS